1 item
Isi borang Tambah PLC di sgmy.moe.gov.my secara pukal dari fail CSV/XLSX. Isi borang "Tambah PLC" di sgmy.moe.gov.my secara pukal — muat naik fail CSV/XLSX yang mengandungi berbilang rekod PLC (Professional Learning Community), dan extension ini akan mengisi borang tiga langkah (Maklumat PLC, Ahli PLC, Status PLC) secara automatik bagi setiap baris data. CIRI-CIRI: • Muat naik data daripada fail CSV atau XLSX • Templat CSV/XLSX percuma disediakan (versi XLSX ada dropdown terbina-dalam untuk Bidang, Alat Kolaboratif, dan Status PLC) • Isi automatik Step 1 (Maklumat PLC), Step 2 (Ahli PLC — sokong status AHLI/KETUA/FASILITATOR), dan Step 3 (Status PLC) • Mod Auto-Submit boleh dihidup/matikan — semak setiap medan secara manual sebelum jalankan kelompok penuh • Jeda boleh dilaraskan antara tindakan untuk mengelakkan sekatan rangkaian • Panel status masa nyata menunjukkan kemajuan dan medan yang tidak lengkap • Boleh dibuka sebagai popup atau Side Panel (kekal terbuka semasa navigasi tab) CARA GUNA: 1. Muat turun templat CSV/XLSX daripada popup extension 2. Isi data PLC anda mengikut format templat 3. Muat naik fail dan semak ralat lajur wajib 4. Klik "Mula" — extension akan buka borang Tambah PLC dan isi secara automatik KESELAMATAN: Extension ini hanya berjalan pada domain sgmy.moe.gov.my dan tidak menghantar sebarang data anda ke pelayan luar — semua pemprosesan berlaku secara tempatan dalam pelayar anda. Ia menggunakan sesi log masuk sedia ada anda; ia tidak menyimpan atau mengendalikan kata laluan. NOTA PENTING: Sila uji dengan SATU baris data dahulu (auto-submit dimatikan) sebelum menjalankan kelompok besar. Jika memproses banyak rekod dengan ramai ahli PLC, laraskan jeda antara tindakan (dalam Alat Diagnostik) untuk mengelakkan sekatan rangkaian daripada sistem keselamatan sekolah/MOE. Extension ini bukan produk rasmi KPM/MOE — ia dibina untuk membantu proses kerja guru sahaja.
rating_count is the Chrome Web Store ratings count, not a written-review count.