5 items
Isi PAJSK, SEGAK dan BMI di SPPB secara automatik. Jimat masa guru kelas dan guru PJ. PAJSK Assist isi PAJSK satu kelas di SPPB dalam beberapa saat. Guru PJ pula boleh isi SEGAK dan BMI terus daripada fail sedia ada: Excel sekolah, CSV aplikasi SEGAK, atau salin dan tampal. Dibina oleh Cikgu Aiman, guru kelas yang dulu berjaga sampai pukul 11 malam mengisi PAJSK 42 murid satu demi satu. Alat pihak ketiga. Tidak berafiliasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. ═══════════════════════════ APA YANG CIKGU DAPAT ═══════════════════════════ ✦ ISI SEMUA MURID SEKALI GUS (Lesen PAJSK) Pilih murid, tekan sekali. Kelab, Badan Beruniform, Sukan dan Ekstra siap dalam beberapa saat. ✦ JADUAL KELAS DALAM TAB PENUH Semua murid dengan nilai semasa SPPB dalam satu jadual. Muat turun Excel sebagai sandaran, ubah yang perlu, semak senarai perubahan, kemudian tulis. Hanya murid dan tab yang Cikgu ubah dihantar ke SPPB (menulis = Lesen PAJSK). Setiap murid dibaca semula selepas ditulis, jadi Cikgu tahu ia benar-benar tersimpan. ✦ REKOD SEPANJANG TAHUN DALAM EXCEL Templat kelas dengan nama dan IC murid sudah diisi. Catat jawatan, pencapaian dan aktiviti Tambahan sepanjang tahun, kemudian pilih fail yang sama di hujung tahun. Tak perlu Save As CSV. ✦ ISI TAMBAHAN SAHAJA (Lesen PAJSK) Markah wajib sudah ada? Tambah aktiviti Tambahan (+) daripada Excel tanpa menyentuh markah wajib, kehadiran atau murid lain. ✦ SEGAK DAN BMI DARIPADA FAIL SEDIA ADA (Lesen SEGAK) Guna fail Excel sekolah walaupun satu tab setiap kelas, CSV iSEGAK24 atau SEGAKv1.0, atau salin dan tampal dari Google Sheet. Tab kelas dan lajur dikenal pasti sendiri; Cikgu cuma sahkan. Setiap murid diperakaunkan sebelum diisi, nilai yang tiada dalam jadual SPPB disekat, dan setiap murid dibaca semula selepas disimpan. Kelas seterusnya? Tekan "Guna fail tadi". Cuba percuma untuk 8 murid pertama. ✦ TEMPLAT PENEMPATAN SEDIA ISI (Lesen PAJSK) Templat yang sudah berisi kelab, BB dan sukan semasa setiap murid daripada SPPB. Ejaan ikut sistem, tiada lagi nama kelab tak padan. ✦ SAMBUNG DENGAN e-REKOD (Lesen PAJSK, pilihan) Tarik penempatan kokurikulum daripada e-Rekod (erekod.my) terus ke SPPB, atau hantar balik sebagai sandaran. Tidak hidup dengan sendiri. ✦ SELAMAT BILA SPPB BERMASALAH Tab tertutup atau SPPB tersekat? Sambung dari murid terakhir. SPPB lambat? Murid itu dicuba semula secara automatik, dan Cikgu dimaklumkan dahulu sebelum Mod Klasik digunakan. ✦ VERSI PERCUMA (selamanya) Isi murid seorang demi seorang, simpan tetapan sendiri, lihat jadual kelas dan muat turun Excel. Tanpa lesen. ═══════════════════════════ BAHARU DALAM 2.4.5 ═══════════════════════════ • Lebih cepat: selepas tekan "Set untuk semua murid" pada satu lajur penempatan, murid yang ditanda kekal ditanda. Cikgu boleh terus pilih lajur seterusnya (Badan Beruniform, Sukan) tanpa tanda semula. ═══════════════════════════ BAHARU DALAM 2.4.4 ═══════════════════════════ • Dibaiki: templat SEGAK dan BMI yang diisi dan disimpan dalam Excel kini dibaca dengan betul. Excel kadang-kadang membuang sifar di depan No. KP atau menukarnya kepada bentuk 1.5E+11. Kini No. KP dibaiki secara automatik. • Dibaiki: bila No. KP dalam fail tidak sama dengan No. KP murid dalam SPPB, murid kini dipadankan ikut nama. Sebelum ini murid itu tidak dikesan. Cikgu akan nampak amaran supaya semak senarai murid sebelum isi. ═══════════════════════════ LESEN PAJSK: RM15 UNTUK 30 HARI ═══════════════════════════ • Ciri PAJSK: isi semua murid sekali gus, tulis dari jadual, Isi Tambahan, templat penempatan, e-Rekod • Tidak termasuk SEGAK dan BMI • Sehingga 5 peranti dengan akaun MOEIS Cikgu sendiri • Bayar sekali, bukan langganan, tiada potongan automatik • Sokongan Telegram LESEN SEGAK: RM10 UNTUK 60 HARI • SEGAK dan BMI sahaja, cukup untuk satu musim ujian • Sehingga 5 peranti dengan akaun MOEIS Cikgu sendiri • Bayar sekali, bukan langganan, tiada potongan automatik Lesen PAJSK: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist Lesen SEGAK: https://portfolio.cikguaime.com/pas-segak Aktifkan: klik ikon PAJSK Assist, masukkan emel pembelian dan kunci lesen (PAJSK-… atau SEGAK-…), tekan "Aktifkan Lesen". ═══════════════════════════ PRIVASI ═══════════════════════════ Data murid bergerak antara browser Cikgu dan SPPB sahaja. Fail Excel, CSV dan data yang ditampal dibaca dalam browser, tidak dimuat naik. "Guna fail tadi" menyimpan fail dalam memori browser sahaja; ia hilang bila browser ditutup. Pelayan lesen kami tidak menerima nama murid, IC atau markah. Pelayan lesen hanya menyimpan emel pembelian, kunci lesen, ID pemasangan rawak, dan cap HMAC sehala ID akaun MOEIS (bukan nombor asal). Emel MOEIS hanya dibanding dengan emel pembelian, tidak disimpan. Lesen disemak semasa aktivasi dan bila panel dibuka, paling kerap sekali sehari. Rekod murid yang gagal diisi disimpan dalam browser Cikgu sahaja dan boleh dipadam. Sambungan e-Rekod hanya memindahkan penempatan (IC, kelab/BB/sukan, ID pendaftaran SPPB) ke akaun e-Rekod Cikgu sendiri, bukan markah. Dasar Privasi penuh: https://portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist/privacy ═══════════════════════════ SOKONGAN ═══════════════════════════ Bila SPPB berubah, biasanya dibaiki dalam 24-48 jam. Telegram: https://t.me/cikguaimedotcom Dibina di Malaysia untuk guru Malaysia oleh Cikgu Aiman.
Nov 4, 2026
rating_count is the Chrome Web Store ratings count, not a written-review count.
Media assets
Screenshots and videos on the listing.
Has promo video
Whether the listing includes at least one video.
Languages
Declared language locales.
Developer website
Listing exposes a developer website URL.
Contact email
Listing exposes a contact email.
Keyword in name
Case-insensitive substring match in the name.
Keyword in description
Case-insensitive substring match in the description.
Keyword occurrences in description
Count of case-insensitive occurrences in the description.
Category user-count percentile
Share of same-category extensions with fewer users (null if unknown).
These are transparent listing completeness / keyword signals, not a prediction of Chrome Web Store search ranking.