1 item
Isi Tahap Penguasaan, Ulasan Guru, Intervensi & Usaha Murid secara pukal di idME Pengurusan Pentaksiran. Bukan untuk subjek Bahasa. PBD Bulk Filler membantu guru mengisi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara pukal di sistem idME - Pengurusan Pentaksiran (SPPB), tanpa perlu klik satu-satu untuk setiap murid. ⚠️ PENTING: Extension ini dibina khusus untuk subjek BUKAN Bahasa. Ia TIDAK disokong sepenuhnya untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, atau subjek bahasa lain, kerana struktur pentaksiran subjek bahasa berbeza. CIRI-CIRI UTAMA • Isi Semua Murid (dari Excel) - muat naik fail Excel berisi Nama dan Tahap Penguasaan (TP 1-6) setiap murid, dan extension akan isi Tahap Penguasaan, Usaha Murid, Ulasan Guru, dan Intervensi secara automatik mengikut templat yang boleh disesuaikan. • Isi Usaha/Ulasan/Intervensi (guna TP sedia ada) - kalau Tahap Penguasaan setiap murid sudah betul di SPPB, guna ciri ini untuk terus isi Usaha Murid, Ulasan Guru, dan Intervensi tanpa perlu fail Excel langsung. • Templat Excel disediakan - muat turun templat terus dari panel, tak perlu risau format yang salah. • Panel log terbina dalam - lihat status setiap murid (berjaya/gagal) secara masa nyata semasa proses berjalan. PRIVASI & KESELAMATAN Semua pemprosesan berlaku sepenuhnya di dalam pelayar (browser) anda. Extension ini TIDAK menghantar sebarang data murid ke pelayan luar - data terus dihantar ke sistem SPPB rasmi sahaja, sama seperti anda mengisi borang secara manual. Lihat Dasar Privasi penuh untuk butiran lanjut. Extension ini TIDAK akan menekan butang Simpan/Hantar secara automatik - anda kekal kawal bila keputusan pentaksiran dikunci, dan digalakkan semak semula data sebelum menghantar secara rasmi.
Jul 22, 2026
rating_count is the Chrome Web Store ratings count, not a written-review count.
Media assets
Screenshots and videos on the listing.
Has promo video
Whether the listing includes at least one video.
Languages
Declared language locales.
Developer website
Listing exposes a developer website URL.
Contact email
Listing exposes a contact email.
Keyword in name
Case-insensitive substring match in the name.
Keyword in description
Case-insensitive substring match in the description.
Keyword occurrences in description
Count of case-insensitive occurrences in the description.
Category user-count percentile
Share of same-category extensions with fewer users (null if unknown).
These are transparent listing completeness / keyword signals, not a prediction of Chrome Web Store search ranking.